Program jamuan ringan “Potluck” adalah merupakan antara aktiviti yang disusun sepanjang menjayakan kempen RESPECT :: “Kerjaku Asbab Syurgaku..”
Program “Potluck” ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama staff UDPS dan menghilangkan stress dalam kesibukan bekerja. Di samping itu, objektif program ini juga bertujuan memperkenalkan staff-staff baru UDPS yang baru berkhidmat. Program ini berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan mengikut 4 kumpulan.

- Pada minggu pertama iaitu pada 8/3/2018 ialah minggu bagi gabungan jabatan Human Resource dan Contract Administrator.
- Pada minggu kedua iaitu pada 13/3/2018 ialah giliran gabungan jabatan Account dan MES.
- Pada minggu keempat iaitu pada 22/3/2018 ialah minggu bagi gabungan 3 jabatan iaitu Lab, Trading dan Tailor.
- Pada minggu terakhir iaitu pada 27/3/2018 ialah minggu bagi jabatan Warehouse.
- Kesemua jabatan telah membawa makanan masing-masing dan lokasi pilihan untuk program ini adalah di TA dan manakala bagi jabatan Warehouse dibuat di Warehouse UDPS.
- Kesemua jabatan sebulat suara menjalankan program pada pukul 9.00 pagi kecuali bagi jabatan Warehouse, mereka memilih waktu rehat untuk melangsungkan program itu.
- Semasa program berjalan, wakil bagi setiap jabatan memberi ucapan dan berkongsi sedikit sebanyak informasi terkini berkaitan jabatan masing-masing.
- Semasa program di jabatan Warehouse, selepas selesai menjamu selera, staff lelaki bersama-sama menunaikan solat zohor dan solat hajat secara berjemaah.
- Majlis berakhir dan bersurai





