Rabu 16/05/2018 – Bermulanya hari pertama Ramadhan 1439. Sebagaimana biasa, UDPS meneruskan budaya bertadarus Al Quran pada waktu rehat tenghari, 12.30 – 1.30. Semua warga UDPS diwajibkan terlibat dengan bertadarus di beberapa tempat yang telah ditetapkan di dalam pejabat. Setiap kumpulan tadarus dianggotai oleh 5 hingga 10 orang kakitangan mengikut jabatan masing-masing.
Alhamdulillah, budaya ini dapat diteruskan semenjak lama dan moga diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Kemuncak aktiviti Ramadhan ialah majlis khatam yang akan diadakan secara kerjasama dengan masjid terpilih di Kemaman.
Maklumat aktiviti :
- Program berlangsung setiap hari bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang.
- Setiap staff akan dimasukkan kedalam salah satu daripada enam kumpulan mengikut kesesuaian ahli.
- Setiap kumpulan ditugaskan untuk menghabiskan bacaan sebanyak 5 Juzuk.
- Selepas selesai bertadarus, staff lelaki mengerjakan solat secara berjemaah.




