Kuliah Ramadhan : Palestin Bumi Barakah

25 May, 2018

admin

Ahad, 20/05/18 : Sebagai pengisian mingguan Ahad, kuliah tengahri kali ini telah menerima kunjungan Imam Palestin untuk memberikan pengisian rohani kepada semua warga UDPS di Kemaman. Beliau telah mengingatkan tentang betapa kelebihan Ramadhan yang terlalu mahal untuk dirugikan oleh manusia. Beliau juga menekankan keperluan bagi ummat Islam untuk memahami isu Palestin yang sangat berkait dengan Aqidah ummat, bukan sekadar isu pertelagahan menuntut tanahair atau lainnya.

Maklumat Program :

  • Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Asmaa Ul Husna.
  • Seterusnya, menjemput Imam Palestin memberikan ucapan dan ceramah. Ustaz Zulkifli selaku penterjemah kepada Imam Palestin tersebut.
  • Setelah ceramah selesai, sesi soal jawab antara Staff dan Imam Palestin dimulakan.
  • Selepas itu, Pengarah Urusan UDPS, Haji Kamarolaili menyampaikan sumbangan kepada Tabung Aman Palestin diikuti oleh staff-staff UDPS.
  • Tepat jam 1.45 petang, majlis berakhir.
  • Staff lelaki UDPS mengerjakan solat zohor berjemaah selepas berakhir ceramah Aman Palestin.
  • Majlis bersurai.