Ahad, 3 Jun 2018 – AlhamduliLlah, dengan izin Allah, program Ifthar Perdana Khatam Quran telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini. Untuk julung kalinya juga, program kali ini adalah kerjasama dengan Madrasah Tahfiz Darul Hikmah, Kg Binjai, Kemaman. Program yang bermula seawal pagi dengan aktiviti gotong royong memasak dan penyediaan tempat di Madrasah Darul Hikmah bersama Ustaz Syed, Mudir Madrasah dan juga 30 orang pelajar di situ. Perlbagai aktiviti menarik juga telah dilaksanakan sebagai usaha menyantuni pelajar berkenaan, sehinggalah ke acara kemuncak berbuka puasa beramai-ramai bersama juga masyarakat kampung disekitar Madrasah.


Maklumat Program :
- Program bermula pada pukul 10 pagi dan dihadiri oleh dua orang wakil UDPS. Lokasi pada tahun ini ialah Madrasah Darul Hikmah, Binjai.
- Program dimulakan dengan penyediaan tempat untuk tetamu hadir menjamu selera. Selepas itu, gotong royong menyiapkan makanan bermula.
- Gotong-royong berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat zohor berjemaah di Madrasah tersebut.
- Selepas selesai menunaikan solat Zohor, gotong royong bersambung.
- Sebelah petang, beberapa orang lagi wakil daripada UDPS hadir untuk menyumbangkan tenaga.
- Menu utama untuk iftar pada tahun ini ialah Kambing Bakar Drum dan Nasi Arab. Segala persediaan diketuai oleh pihak Madrasah Darul Hikmah dan dibantu oleh warga kerja UDPS.
- Azan Asar berkumandang, gerak kerja berhenti seketika untuk menunaikan Solat Asar berjemaah.
- Selepas selesai Solat Asar, gotong royong bersambung. Di samping itu, Ustaz Zulkifli meneruskan program dengan mengadakan kuiz sempena Nuzul Quran yang disertai oleh sebilangan pelajar Madrasah Darul Himah.
- Kuiz juga disertai oleh wakil Staff UDPS dan program tersebut berjalan dengan jayanya.
- Sejurus selepas itu, program disambung dengan ketibaan Encik Ahmad Shah, Pengurus UDPS seterusnya memberikan ucapan kata alu-aluan dan merasmikan program Iftar Bersama Masyarakat ini.
- Selepas itu, acara pengagihan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Madrasah Darul Hikmah diketuai oleh Encik Ahmad Shah. Selain itu, acara penyampaian hadiah untuk acara Kuiz turut disampaikan oleh Encik Ahmad Shah kepada para pemenang.
- Sementara menunggu waktu berbuka, pelajar-pelajar Madrasah Darul Hikmah mengetuai zikir dan menyampaikan bacaan keratan hadis Nabi.
- Menjelang waktu berbuka, penduduk-penduduk kampung dan staff UDPS hadir memenuhkan meja dan kerusi. Makanan dan minuman dihidang untuk tetamu sebelum azan berkumandang.
- Azan berkumandang, Ketua Madrasah Darul Hikmah iaitu Ustaz Syed mengetuai bacaan doa. Para tetamu menjamu selera manakala sebilangan daripada mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu.
- Majlis selesai dan bersurai. Majlis Iftar Perdana berjalan dengan lancar dan meriah.