Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429

17 Jun, 2018

admin

Jumaat, 15 Jun 2018 : Semua ummat Islam di Malaysia merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1439 Hijrah. Ucapan Salam Aidilfitri untuk semua Muslimin & Muslimat, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang Ramadhan lepas. Syawal adalah waktu zahirkan kesyukuran kita.. jangan lupa kepada yang memerlukan..

Kepada warga UDPS, selamat berhari raya bersama keluarga, kepada yang balik kampung yg jauh, pandulah dengan selamat. Hubungkan silaturrahim & banyakkan bersyukur. Kepada staff yang beraya di offshore, kuatkan jiwa dengan banyak bertakbir, semoga Allah mudahkan urusan.. Amin..

UDPS akan bercuti sehingga Ahad, 17 Jun 2018.

Masuk Air Cari Patin
Maaf Zahir Dan Batin

InsyaAllah, sambutan dan jamuan Majlis Hari Raya UDPS 2018 adalah seperti berikut ;

  • Pejabat HQ UDPS, Bukit Kuang, Kemaman — Isnin, 25 Jun 2018
  • Pejabat Korporat Kuala Lumput — Khamis, 05 Julai 2018

Indahnya Langit Kerana Awan
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan
Indahnya Syawal kerana Kemaafan

Jiwa Sebening Air.. Jangan Keruhkan
Hati Seputih Awan.. Usah Dinoda
Raihlah Kemenangan.. Dengan Bermaafan
Salam Aidilfitri UDPS.. Untuk Semua