Tarikh : 24 Mac 2024 (Ahad) Bersamaan 13 Ramadan 1445H
Upstream Downstream Process & Services Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Iftar Bersama Maahad Tahfiz Raudhatul Hijrah, Teluk Kalong, pada 13 Ramadan yang lalu. Ini merupakan aktiviti tahunan syarikat bersama komuniti setempat. Majlis dimulakan dengan pertandingan kuiz tentang Al-Quran oleh anak-anak Tahfiz.
Alhamdulillah, hidangan yang dihidangkan sangat sedap dan menyelerakan. Terdapat juga kuih-muih yang telah di buat oleh kaum-kaum ibu dari UDPS dan team amsak Tahfiz. Selesai iftar, majlis diteruskan dengansolat maghrib berjemaah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu cikgu-cikgu dari sekolah angkat “BUKSES”. Terima Kasih kepada Pihak Tahfiz kerana sudi menerima kunjungan kami.